Hamzah bin Abdul Muttalib R.a lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak dari pasangan Abdul Muthalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah. Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya.
Hamzah merupakan seorang ahli memanah dan pakar menunggang kuda. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya. Hamzah terlibat dalam dua peperangan yaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berhasil membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah satunya adalah bapak daripada Hindun, isteri Abu Sufian.
Pada waktu peperangan Uhud, Hamzah syahid akibat tikaman Wahsyi, seorang budak berkulit hitam yang telah dibayar oleh Hindun untuk mebunuh Saidina Hamzah demi membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan Badar. Dadanya kemudian dirobek oleh Hindun lalu hatinya dikunyah. Namun Hindun tidak mampu untuk menelan hati Saidina Hamzah.
EmoticonEmoticon